Showing posts with label Dunia Komputer. Show all posts
Showing posts with label Dunia Komputer. Show all posts

20 Masalah Komputer Yang Perlu Anda Ketahui




Tak dinafikan, kadangkala peranti komputer mengalami masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri. Tak perlu membazir duit menghantarnya ke kedai, lakukan pemeriksaan awal dulu kerana kamu pasti menepuk dahi berikutan penyelesaiannya lebih mudah daripada jangkaan.

Biasalah, orang muda mana tahan sabar, tak mungkin boleh menunggu mencari punca masalah terutamanya urusan yang perlu diselesaikan segera. Jadi penyelesaian paling mudah, hantar saja ke kedai dan mulalah pakar komputer mengatakan masalah itu dan ini.

Padahal kalau kita tahu dan ada pengetahuan mengenai komputer, masalah mudah seperti operasi komputer perlahan, berbunyi dan serangan virus masih boleh kita selesaikan sendiri.

Apa kata kamu perhatikan 20 masalah paling kerap berlaku kepada komputer peribadi kita ini dan jadikan ia sebagai panduan untuk menyelesaikannya seperti yang dikongsikan kali ini.

Masalah berkaitan perkakasan komputer.

1. Gangguan bekalan kuasa - Jika kamu selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaiannya mudah dengan menggunakan Uninterruptible Power Supply (UPS). Ia akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan kamu masa mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dulu jika perlu.

2. Kepanasan - Sering kali berlaku kes komputer atau laptop tidak memiliki sistem penyejukan mencukupi yang tidak mampu menampung kerja yang kamu sedang lakukan. Apabila ini berlaku, komponen komputer atau laptop itu mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer atau laptop kamu terlebih dulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja, sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.

3. Bunyi asing dan getaran - Masalah ini hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer kamu. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, kamu boleh cuba melakukan pemeriksaan awal.

Bagi menyelesaikannya, buka CPU kamu berhati-hati untuk mengetahui masalah itu. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar atau skru longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah itu, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan yang lebih pakar.

4. Selalu ‘reboot’ sendiri - Masalah yang biasa dialami komputer ialah kadangkala akan berulang kali ‘reboot’ sendiri tanpa permintaan. Laptop terutamanya selalu berdepan masalah seperti ini. Kes ini selalunya disebabkan perkakasan komputer itu sendiri.

Penyelesaiannya mudah. Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan sama ada kamu sudah mengalami kerosakan ataupun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk kamu telah kotor menyebabkan habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan dan menyebabkan komputer kamu mati secara automatik.

5. Sambungan USB tidak berfungsi - Kadangkala apabila kamu cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer, laptop, notebook atau sebagainya, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti itu.

Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

Penyelesaiannya, cuba untuk terus menyambungkan USB secara langsung ke salah satu port USB komputer kamu tanpa sebarang perantara. Peralatan kecil seperti pemacu USB, tetikus dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elak menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.

6. Masalah mesin pencetak - Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara tepat pencetak ke komputer kamu mengikut arahan pengilang pencetak kamu. Kemudian cuba ‘troubleshooter’ untuk mengetahui masalah pencetak yang akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah kamu.

Penyelesaian khusus untuk mereka yang menggunakan perisian Windows 7, buka troubleshooter pencetak dengan klik pada ‘start’, kemudian ‘control panel’, taipkan ‘troubleshooter’ pada kotak carian, troubleshooting di bawah ‘hardware and sound’, klik pada ‘use a printer’ dan seterusnya ‘next’.

Sekiranya kamu berdepan masalah berkaitan tindak balas pada komputer kamu.

7. Prestasi komputer semakin perlahan - Apabila menyedari komputer kamu mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail yang tidak perlu, pecahan data, ‘registry korup’, gangguan program ‘spyware’, perkhidmatan atau perisian.

Penyelesaian mudah dengan uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan ‘registry’ dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kelajuan prestasinya.

Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan adalah dengan pergi ke Windows 7, butang ‘start’, ‘control panel’, lihat pada ‘programs’, ‘uninstall a program’, pilih program atau perisian dan klik ‘uninstall/change/repair’.

Kamu perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program atau perisian yang penting.

8. Ralat mesej ketika ‘start-up’ - Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, kamu dapat melihat mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya.

Jika melihat mesej ini, kamu perlu menekan kekunci kira-kira lapan hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula. Ini berlaku kerana kamu hanya memadamkan sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya.

Jika kamu benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah di atas.

9. Skrin tidak berfungsi - Apabila skrin kamu tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, kamu mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan ‘spyware’.

Apabila ini berlaku, kamu tiada pilihan selain terpaksa reboot komputer kamu. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.

10. Serangan virus dan ‘spyware’ - Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer kamu.

Tapi, bagaimanakah jika serangan itu begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti kamu masih belum dikemas kini?

Penyelesaiannya? ‘Windows Defender’ ialah perisian ‘antispyware’ yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi kamu juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan ‘spyware’ terbaru.

Cara aktifkan dengan ke butang ‘start’, taip ‘defender’ dalam kotak carian dan kemudian ke windows defender.

11. Tidak dapat jalankan Windows - Jika kamu masih dapat boot dalam ‘safe mode’ (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan. Cuba menggunakan ‘system restore’ jika kamu berada dalam ‘safe mode’ atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya.

Jika kamu tidak dapat boot ke ‘safe mode’, cuba boot ke dalam komputer dalam mod ‘repair my computer’ untuk memperbaiki masalah isu ‘start-up’ itu.

Tak terlepas, masalah berkaitan teknikal. Apa kata kita kenal pasti beberapa masalah berkaitan tenikal yang masih boleh kita selesaikan sendiri.

12. Kehilangan fail ‘Dynamic-Link Library’ (DLL) - DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi kamu mengenai bagaimana untuk melaksanakan fungsi tertentu. Kadangkala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer kamu tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan.

Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika kamu cuba melakukan fungsi yang terbabit seperti penyimpanan. Jika masalah itu dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, kamu perlu mengenal pasti fail DLL itu melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (daripada Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail ataupun carian di enjin carian.

13. Blue Screen of Death (BSoD) - Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini iaitu skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ini adalah salah satu petanda yang berlaku masalah yang agak kronik.

Usah risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan kamu untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya.

Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tapi skrin menyediakan kamu dengan kod yang boleh membantu rujukan kamu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah itu.

14. Ruang Disk penuh - Ia berlaku kerana kamu membiarkan bagi jangka masa yang lama disk komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail Internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore.

Remaja umpamanya, mereka gemar memuat naik pelbagai aplikasi menarik yang kemudiannya hanya membuatkan komputer peribadi menjadi berat dan perlahan. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian: Peralatan ‘disk cleanup’ membantu membebaskan ruang pada ‘hard disk’ dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadamkan beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.

15. ‘Hard drive’ gagal berfungsi - Ini adalah senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan ‘hard drive’ rosak atau korup. Kamu dapat mengesannya jika sistem kamu tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Jika kamu bimbang berkenaan keselamatan fail kamu, cuba langkah berikut sebelum menghantar ke kedai. Kamu boleh cuba untuk mengambil fail menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan peralatan pemulihan sistem percuma seperti ‘SuperDuper’, ‘The Ultimate Boot CD’ dan sebagainya.

16. Windows out-of-date - Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walaupun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi.

Ini kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Bagaimanapun untuk keselamatan, kamu juga boleh lakukannya sendiri jika Windows sudah out-of-date.

17. Penggunaan memori berlebihan - Jika kamu mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila kamu sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori.

Untuk menghentikan kebocoran itu, kamu perlu menghentikannya dengan menutup program berkenaan. Kamu juga perlu memeriksa kemas kini perisian program berkenaan atau hubungi empunya perisian untuk memperbaiki kebocoran memori tersebut.

Masalah berkaitan Internet

18. Carian rangkaian ‘wayerles’ - Jika dengan laptop, kamu sering kali bermasalah menyambung senarai rang­kaian ‘wayerles’ ketika kamu memerlukan sambungan Internet jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian ‘wayerles’ hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai rangkaian ‘wayerles’, ‘driver’ dipasang dan penyesuai diaktifkan.
Penyelesaian dengan melakukan tetapan secara manual.

19. Sambungan Internet perlahan - Tidak kira seberapa pantas pun sambungan Internet yang kamu miliki, kadangkala kamu dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.

20. Masalah sambungan Internet - Masalah kehila­ngan sambungan Internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh kamu lakukan, cuba jalankan troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis.

Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah berlaku. Jika masalah ini berlaku selepas kamu memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia sudah berubah.
+

Tutorial Cara Menggunakan 'Windows Movie Maker'














Windows Movie Maker atau singkatannya WMM adalah satu program untuk mengedit video yang sangat simple , ianya direka  untuk pemilik PC dengan sedikit pengalaman untuk membuat video sendiri . Windows Movie Maker menyokong  hampir semua format video , movie , media , MP3 dan lain-lain .

Beberapa keistimewaan WMM :
1. Mengimport video klip dari video kamera digital
2. Menyimpan seluruh koleksi video rumah di komputer PC
3. Mengatur klip-klip sesuai dengan urutan yang kita inginkan
4. Menggunakan efek Fade atau Dissolve antara klip
5. Membuat tajuk , muzik latarbelakang , efek suara, dan menambahkan  suara ke dalam klip video kita .

Berikut adalah  cara menggunakan Windows Movie Maker :
1. Lihat pada muka hadapan desktop computer anda , kemudian anda

• klik START
• klik PROGRAMS ,  pilih ACCESSORIES ,  WINDOWS MOVIE MAKER dan anda akan dibawa terus ke program windows movie maker. Kemudian , ikuti langkah berikut .

2. Klik pada FILE dan klik NEW PROJECT (ctrl+N) .

3. Kemudian klik FILE lalu klik OPEN PROJECT untuk mengambil gambar di folder yang akan kita edit di Windows Movie Maker .

4. Pilih gambar yang akan di edit kemudian  klik OPEN , maka muncullah gambar tersebut di Windows movie maker .

Dalam Windows Movie Maker, Anda boleh merakam atau mengimport dari media lain dan anda dapat mengeditnya secara langsung sebelum hasil rakaman tersebut disimpan . Proses editing ini di lakukan dalam paparan  STORYBOARD atau TIMELINE .

5. Dalam menggunakan Windows Movie Maker ini , saya sering menggunakan proses editing dalam tampilan STORYBOARD . Dengan cara klik kanan , dan klik ADD STORYBOARD , maka akan dipaparkan gambar tersebut dalam dalam paparan storyboard . perhatikan gambar di bawah ini .

6. Kemudian , jika kita ingin mengeditnya lebih baik lagi , Anda boleh menambahkan Video Transitions dalam movie Anda , dengan cara klik COLLECTIONS , lalu klik VIDEO TRANSITIONS . Maka akan muncul kotak dialog yang berisi macam – macam video transitions dalam berbagai bentuk .

7. Pilih salah satu bentuk , misalnya transitions BARS atau CHECKERBOARD ACROSS , dan contohnya akan muncul , seperti yang di bawah ini :

8. Kemudian dalam bentuk transitions checkerboard across , klik kanan lalu copy ke tampilan Storyboard dan akan sendirinya bentuk itu dipaste ke paparan tersebut .

9. Sesudah itu jika kita ingin melihat hasil dari bentuk transitions tersebut , lihatlah di video priview , maka hasilnya adalah seperti berikut .

10. Setelah selesai . apabila Anda ingin menyimpannya , maka langkah-lagkahnya adalah sebagai berikut :
• Klik FILE
• Klik SAVE MOVIE FILE ,
• Dan terakhir , klik NEXT dan maka movie yang Anda buat akan tersimpan secara automatik

11. Akhir sekali selepas video yang anda edit tadi telah disimpan anda boleh lihat hasilnya dengan menggunakan window movie player .





+

Revolusi Baru Samsung Dengan 'Ativ Smart PC'






PENERAJU global teknologi media digital, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) merevolusikan kehendak pengguna apabila memperkenalkan Samsung Ativ Smart PC dan Samsung Ativ Smart PC Pro, komputer peribadi papan kunci boleh tanggal.

Selari pengenalan sistem operasi (OS) Windows 8 baru-baru ini, Samsung menggabungkan OS terkini dalam kategori peranti komputernya, sekali gus meningkatkan prestasi pemprosesan sesuai nama Smart PC yang diberi.

Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, siri Samsung Ativ Smart PC adalah inovasi dinamik syarikat bersama rakan kongsi Microsoft, merangkumi kajian mendalam kehendak dan gaya hidup pengguna yang kian berkembang.

“Kami yakin permintaan untuk peranti yang menjanjikan mobiliti dan prestasi terbaik sentiasa ada. Sebagai pemimpin dalam teknologi dan reka bentuk serta perkongsian strategik bersama Microsoft, kami pasti dapat memberi pengalaman baru kepada mereka.

“Produk terbaru ini juga tidak seperti sebelumnya di mana ia adalah lebih berkualiti tinggi yang digabung dengan inovasi teknologi terkini,” katanya selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Pengenalan Ativ adalah jenama baru Samsung bagi peranti berasaskan Windows. Diambil daripada perkataan terbalik ‘Vita’ yang bermaksud kehidupan dalam bahasa Latin, ia adalah hasrat Samsung untuk memberi kehidupan luar biasa yang penuh keseronokan kepada semua orang.

Samsung Ativ Smart PC dan Samsung Ativ Smart PC Pro boleh didapati di pasaran November ini, pada harga RM2,499 dan RM3,599.
+

Windows 8 is Now Available in Malaysia, Officially




 Microsoft Malaysia, Windows 8 Launch.

     
Microsoft Malaysia unveiled its latest operating system, Windows 8, which is designed for a no-compromise experience for work and play across various device form-factors – from desktop-based All-in-Ones, to laptops and ultrabooks, as well as new hybrid and tablet models.

“This year, Microsoft Malaysia celebrates its 20th anniversary of Transforming Malaysia Together. We have made such a huge impact on transforming education, businesses and lives here in Malaysia through the power of computing technology. Today, this is best exemplified through the launch of Windows 8!” declared Ananth Lazarus, Managing Director of Microsoft Malaysia.

Some of the main features of Windows 8 include the new fast and fluid Start screen that gives people one-click access to the apps and content they care most about. In addition, the entirely new Internet Explorer 10 has been perfectly designed for touch and offers built-in cloud storage capabilities with SkyDrive.


 


Ananth Lazarus, Managing Director of Microsoft Malaysia (Center)

Experience Windows 8 nationwide

As a follow up to the launch of Windows 8 today, Microsoft’s will also be conducting a nationwide roadshow to promote Windows 8 and the new Windows 8 optimized devices. Members of the public will have the opportunity to experience firsthand the new operating system and Windows 8 devices during the following dates and at these locations:-

           Date                                    Location



  • 29 Oct - 4 Nov             Kuala Lumpur – Lowyat

  • 2 - 4 Nov                      Kuala Lumpur – Midvalley

  • 2 - 4 Nov                      Penang – PISA

  • 2 - 4 Nov                      Johor Bahru – Persada Johor

  • 9 - 11 Nov                    Melaka – MITC

  • 16 - 18 Nov                  Ipoh – Stadium Indera Mulia

  • 29 Nov - 1 Dec            Penang – PISA

  • 30 Nov - 2 Dec            Kuching – Borneo Convention

  • 30 Nov - 2 Dec            Kota Kinabalu – One Borneo

  • 7 - 9 Dec                      Kuala Lumpur – KLCC



How to get One?

Windows 8 is available to Malaysian consumers through three paths:

Purchase of a new Windows 8 Device

Consumers will enjoy Windows 8 which comes pre-installed through the stunning array of All-in-Ones; touch-optimized laptops and ultrabooks; and even new hybrid form factors such as convertibles and tablets, made available at all major retail outlets from partners such Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, LG, Samsung, Sony, and Toshiba.

 Windows Upgrade Offer for consumers purchasing a new Windows 7 PC

The Windows Upgrade Offer provides consumers who buy an eligible Windows 7 PC the option to purchase a downloadable upgrade to Windows 8 Pro for an estimated retail price of just US$14.99 USD during the time of the promotion. This program is available for consumers buying new Windows 7 PCs that are preinstalled with Windows 7 Home Basic, Home Premium, Professional or Ultimate and include a matching and valid OEM Certificate of Authenticity. The Windows 7 PC must be purchased new during the eligibility period of 2 June 2012 to 31 January 2013 and redeemed before the program expiration at the end of February 2013. Consumers who register for the Windows Upgrade Offer will be able to download Windows 8 starting 26 October 2012. The upgrade can be installed on any eligible and compatible Windows PC and comes with 90 days of support from Microsoft.

Purchase of Windows 8 Pro upgrades

Consumers whose devices do not qualify for the Windows Upgrade Offer may opt to upgrade to Windows 8 Pro by purchasing a Windows 8 Pro Upgrade retail packaged product at participating outlets (see Appendix 2 for more details). Windows 8 Pro is available at a special retail price of RM229 (US$69.99) for a limited time only until 31 January 2013.  Thereafter, Windows 8 Pro will be available for an estimated retail price of RM885 (US$289.99).



Still no news on the latest Microsoft Surface tablet yet.









By Faizul Azri   
+

10 Sebab PC Menjadi Lembab Dan Cara Untuk Mengatasinya





Pernahkah PC anda menjadi lembab seperti kura-kura berjalan? Tentu anda akan menjadi bengang dengan situasi ini kerana ianya akan melambatkan kerja-kerja yang sedang anda lakukan menggunakan PC tersebut.

Masalah ini menunjukkan PC anda telah mengalami gangguan (trouble) dan anda mesti segera mencari punca masalah tesebut dan cara untuk mengatasinya (troubleshooting).

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya “ PC Lembab”. Berikut adalah faktor-faktor penyebab masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya:







1. Spyware dan Virus

Spyware dan Virus merupakan salah satu penyebab PC yang lambat, kerana kedua-duanya paling mudah menyusup kedalam PC, lebi-lebih lagi jika PC anda disambung dengan internet. Spyware berasal dari banner-banner dan iklan-iklan di suatu halaman web yang mulai beraksi bila kita mengakses halaman / banner tersebut melalui sesebuah browser yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang lemah, sehingga spyware ini sangat dekat dengan browser IE yang kita gunakan.Manakala Virus pula boleh masuk melalui e-mail dan download software di internet (biasanya software-software percuma)

Beberapa cara untuk menghapuskan spyware: 1.Kenal pasti dan analisa proses yang sedang berjalan dengan menggunakan windows task manager. 2. Kenal pasti dan non aktifkan service yang bersangkutan melalui management console. 3. Kenal pasti dan non aktifkan service yang ada di startup item dengan sistem configuration utilty. 4. Cari dan hapus entry di registry yang ada pada startup. 5. Kenal pasti dan hapus file yang mencurigakan. 6. Install dan gunakan spyware detection dan removal.



Untuk mengesan dan membersihkan virus pula kita wajib menggunakan perisian AntiVirus. Dalam memilih Antivirus, sebaiknya anda menggunakan AntiVirus yang terbaik dan mantap untuk mengesan dan membersihkan virus pada PC anda.





2. Processor Overheating.

Kebanyakan prosesor mudah menghasilkan haba panas, sehingga memerlukan pendingin khas dan jenis kipas khas,apabila suhu prosesor meningkat melampaui batas, sistem akan menjadi lambat dan proses akan berjalan lembab. Kipas prosesor yang gagal berfungsi adalah disebabkan:

1. Debu dan habuk yang memenuhi kipas dan menghalang kipas berpusing dengan lancar.

2. Motor kipas yang telah rosak.

3. Bearing kipas yang doll sehingga menjadikan kipas “jiggling”.

Jiggling adalah jika kipas yang sedang berpusing mengeluarkan bunyi krek-krek secara cepat disebabkan bearing kipas yang sudah mulai doll.





3. Ram yang rosak.

Beberapa situasi juga terjadi disebabkan masalah ram yang rosak, hal ini terjadi kerana:

1. RAM timing lebih lambat dari spesifikasi mesin yang optima.

2. RAM yang memiliki nilai minor yang hanya boleh dilihat setelah melalui beberapa test.

3. RAM terlalu panas.





4. Harddisk yang failure.

Jika harddisk sering mengalami failure, ini juga akan memburukkan prestasi PC,banyak penyebabnya masalah ini boleh terjadi,seperti maslah mekanikal, elektronik atau firmwarenya yang tidak update, harddisk ini akan menyebabkan:

1. Akses time yang lambat.

2. Jumlah bad sector yang terus meningkat semasa di scandisk.

3. Muncul Bluescreen.

4. Gagal Boot.





5. Bios Settings.

Biasanya bios yang belum dicustom settingnya akan mengalami proses lembab untuk beberapa ketika, khususnya pada saat booting, untuk itu kita harus mengcustom bios setting agar prestasi kerja proses boot akan berjalan dengan cepat, secara umumnya setting bios yang harus diperhatikan adalah seperti berikut:

1. Boot langsung ke harddisk.

2. Disable IDE drive yang tidak dipakai.

3. Set speed latency RAM.

4. Matikan IO / IRQ perangkat onboard yang tidak dipakai.

5. Gunakan Fast POST.





6. Disk type/controller compatibility.

Biasanya motherboard sekarang sudah memiliki kontroler yang baik untuk paralel ATA disk, namun kita harus memperhatikan kabel IDE nya, karena kabel ini memiliki beberapa spesifikasi tertentu, ada yang udma 33, 66, dan 100, kalau kita lihat secara luaran, bentuk kabelnya memiliki serabut yang halus-halus dan banyak, sedangkan yang udma 33 serabutnya sedikit, jadi gunakanlah kabel yang memiliki spesifikasi yang tinggi untuk disk kita.





7. Windows Services.

Beberapa service yang harus diperhatikan dan dimatikan jika kita tidak memerlukanya adalah:

1. FTP 2. Indexing Service

2. Remote Registry

3. Telnet

4. Remote Access

5. Remote Desktop

6. Automatic Update





8. Process yang invisible.

Kadang-kadang tanpa kita ketahui ada saja program yang berjalan

di memory, padahal kita sudah tidak menggunakannya lagi atau bahkan kita sudah menguninstallnya namun programnya masih ada yang berjalan, untuk itu kita harus memperhatikan process apa saja yang sedang berjalan di PC kita dengan melihat task manager dan kita boleh end taskkan atau kill, lalu kita boleh menghapuskan .exe nya.





9. Disk Fragmentation.

Sebagaimana karakter file dalam sesebuah komputer pasti mengalami proses file tersebut di add, di edit, atau di hapus, hal tersebut dapat menyebabkan fragmentasi di beberapa area sektor harddisk, untuk itu kita perlu mengemaskini data di komputer kita dengan cara mendefragnya.Jika kita menggunakan windows xp, kita boleh menggunakan defrag.exe dan meletakannya di schedule agar dapat berjalan pada waktu yang kita tentukan.





10. Background applications.

Kalau kita perhatikan di systray apabila kita klik arrow kirinya akan berderetlah icon yang banyak, semakin banyak icon yang terpasang di systray itu menyebabkan komputer semakin lambat merespons proses, kerana memory banyak yang terpakai untuk proses itu, kita perlu mematikannya atau menonaktifkan icon program yang tidak diperlukan iaitu dengan mengakses registry:

HKEY_ LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run dan

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce

Hapuslah key yang tidak diperlukan.

Inilah diantara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah PC lambat dan lembab supaya prestasi PC anda akan kembali mantap tanpa perlu untuk menginstall semula.
+

Yahoo! Saman Facebook Kerana Mencabuli 10 Hak Cipta





SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Yahoo telah memfailkan saman terhadap laman sosial Facebook di Mahkamah California, kelmarin selepas mendakwa rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 hak cipta termasuk kaedah dan sistem pengiklanan yang dihasilkan oleh perintis Internet itu.



Tuntutan tersebut telah difailkan oleh Yahoo Inc di Mahkamah Persekutuan San Jose, California pada hari Isnin lalu.

Tuntutan oleh Yahoo Inc di Mahkamah adalah untuk hak cipta miliknya menurut undang-undang.Tindakan Yahoo ini adalah berikutan pengumuman oleh Facebook Inc untuk penyenaraian tawaran awam awal yang akan melonjakkan nilai saham syarikat Facebook Inc sehingga mencecah $100 bilion (USD).



Dalam memutuskan tindakan untuk mendakwa Facebook, Yahoo telah menggunakan firma guaman,Quinn Emanuel Urquhart & Sullivan.Firma guaman ini juga digunakan oleh Google dan syarikat-syarikat gergasi lain dalam kes-kes yang berkaitan dengan Android dan paten telefon pintar.Google adalah pemain utama dalam media sosial dengan perkhidmatan + Google.



Difahamkan, Yahoo telah melabur dalam jumlah besar untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai hak cipta teknologi seperti syarikat pesaing lain.



“Teknologi ini adalah asas kepada perniagaan kami yang telah berjaya memperoleh 700 juta pelawat sebulan dan semangat inovasi serta kreativiti dipaparkan menerusi Yahoo,” menurut kenyataan syarikat tersebut yang berpusat di California.



Sementara itu, jurucakap Facebook yang telah diasaskan pada 2004, sedekad selepas Yahoo bertapak di dunia siber menyatakan mereka kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.
+

25 'Passwords' Yang Paling Senang Kena Hacks

Penggodam komputer sering cuba masuk ke dalam akaun seseorang yang menjadi sasaran mereka bagi mendapatkan sesuatu berbentuk maklumat. Perkara pertama yang biasanya mereka curi adalah 'password' yang telah digunakan bagi memasuki akaun kita.
Walaupun kita sering dinasihatkan untuk memasukkan password yang sukar untuk dijangka, kebanyakan kita masih gemar memasukkan password yang mudah dan biasa-biasa saja agar senang diingati. Sila lihat 25 senarai password yang biasa digunakan dan sering kena godam oleh para penggodam. Amat mengejutkan apabila perkataan rahsia yang sering orang ramai pakai dan sering kena godam adalah "password" !


  1. password

  2. 123456

  3. 12345678

  4. qwerty

  5. abc123

  6. monkey

  7. 1234567

  8. letmein

  9. trustno1

  10. dragon

  11. baseball

  12. 111111

  13. iloveyou

  14. master

  15. sunshine

  16. ashley

  17. bailey

  18. passw0rd

  19. shadow

  20. 123123

  21. 654321

  22. superman

  23. qazwsx

  24. michael

  25. football

Satu lagi nasihat berbaloi untuk kita ikuti adalah jangan menggunakan satu password untuk semua akaun yang kita ada. Ramai daripada kita biasanya akan mengunakan pasword yang sama untuk segala-galanya daripada password akaun kad ATM sampailah akaun google akan digunakan pasword yang sama.
Jika kita mahu menggunakan perkataan yang mudah tetapi susah untuk di teka,gunakanlah ayat  yang diselang dengan space seperti: 'perak 2 kali' atau seumpamanya.

+

Tanda-Tanda PC Anda Telah Dijangkiti Virus

http://akubudakkola.blogspot.com





Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:



-PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.

-Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.

-Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.

-Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.

-Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang

tiba-tiba.

-Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.

-Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.

-Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.

-Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.

-Utiliti Hardisk seperti scandisk melapurkan banyak error pada hardisk selepas melakukan imbasan disk.

-Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.

-Drive partition bagi hardisk, CD-ROM dan yang lain tiba-tiba hilang.

-Menerima email yang mengandungi lampiran yang ganjil, contohnya namafail.exe.

-Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.

-Perisian Antivirus tidak boleh di install.

-Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.

-Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.

-Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.

-Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.

-Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.

-Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

-Terdapat dua folder atau fail yang mempunyai nama yang sama.









Cara Untuk Mengelakkan PC Anda Dari Dijangkiti Virus.



-Pasang Anti Virus pada PC anda. Sebagai langkah utama penggunaan anti virus adalah wajib.

-Selalu melakukan imbasan terhadap PC, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

-Harus melakukan imbasan terhadap sumber luar seperti external hardisk, pendrive, CD, DVD dan sebagainya.

-Elakan dari membuka email yang tidak diketahui pengirimnya dan yang mencurigakan.

-Jauhi melayari laman web berunsur lucah.
+

Fungsi Kad Grafik Pada Komputer

http://akubudakkola.blogspot.com











Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer.









Apabila dikatakan satu kad sebagai satu komponen komputer ia merupakan satu kad pemasangan atau Expansion Card yang akan dipasangan pada slot sedia ada pada papan utama. Slot - slot pada papan utama yang boleh digunakan untuk pemasangan kad grafik ini adalah seperti slot PCI (Peripherals Component Interconnect), AGP (Accelerated Graphics Port) dan PCI-E (PCI Express). 



Ketika permulaan penggunaan komputer, kad paparan atau grafik ini perlu dibeli secara berasingan dan ia akan dipasangkan pada slot sedia ada pada papan utama. Namun begitu, pada masa kini, pada papan utama sudah ada fungsi komponen paparan ini yang dibina secara kekal pada papan utama atau ia dipasang secara built-in. Jadi, kenapa perlunya lagi untuk membeli kad grafik untuk sesebuah komputer? 



Kad grafik ini diperlukan sekiranya penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi seperti membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. Ini kerana kad grafik yang sedia ada pada papan utama adalah berprestasi rendah dan tidak berupaya memproses perkara-perkara tersebut dengan baik. 



Antara kebaikan penggunaan kad grafik ini adalah seperti berikut:-



1. Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer.

2. Mempercepatkan proses rendering sesuatu grafik.

3. Memperhaluskan paparan piksel.

4. Meningkatkan kualiti sesuatu paparan pada komputer.

5. Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer.

6. Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer. 



Bagi pemilihan kad grafik, pastikan terlebih dahulu ia menyokong kapasiti komputer sedia ada yang digunakan. Bagaimana untuk menentukan sama ada sesebuah kad grafik tersebut sesuai untuk sesebuah komputer? 



Ada beberapa cara dalam Windows untuk kita melihat perkara tersebut seperti berikut:-



1. Tekan butang Windows bersama-sama dengan butang R pada papan kekunci komputer anda. Satu tetingkap Run akan dipaparkan.

2. Dalam tetingkap Run tersebut, taipkan perkataan devmgmt.msc. Seterusnya tekan butang OK.

3. Satu tetingkap Device Manager akan dipaparkan. Klik pada senaraian Display Adapter.

4. Ia akan paparkan nama kad grafik atau paparan. Dwi klik nama tersebut dan satu paparan tetingkap berkenaan dengan konfigurasi kad grafik akan kelihatan. Dapatkan maklumat berkenaan dengan nama dan nombor kad grafik tersebut. Maklumat yang lain boleh diperolehi menerusi laman web pengilang kad grafik tersebut.



Selain daripada itu, terdapat juga kaedah lain untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kad grafik sesebuah komputer yang berasaskan Windows iaitu seperti berikut:-



1. Dalam tetingkap Run, taipkan perkataan dxdiag. Satu tetingkap DirectX Diagnostic Tool akan dipaparkan.



2. Klik pada tab Display. Anda akan dapat maklumat berkenaan dengan kad grafik anda di situ.

Setelah kita ketahui kemampuan sesebuah komputer dalam penerimaan sesebuah kad grafik, ia memudahkan dalam membuat pemilihan kad grafik yang sesuai dengan keperluan dalam penggunaan komputer.



Jadi, disenaraikan beberapa kriteria dalam pemilihan kad grafik yang baik.



1. Jenis slot untuk kad grafik yang disokong oleh komputer sedia ada sama ada PCI, AGP atau PCI-E. Papan utama yang lama menyokong slot AGP. Bagi papan utama yang baru, penggunaan slot PCI-E adalah prestasi yang terbaik bagi kad grafik.

2. Tahap resolusi. Ia penting untuk mendapatkan paparan video, gambar dan grafik berkualiti tinggi. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada jenis dan saiz monitor yang digunakan oleh sesebuah komputer.

3. Memori. Kebanyakan kad grafik hari ini mempunyai memori berkapasiti lebih daripada 1 GB. Sekiranya kurang, ia akan mengurangkan prestasi dalam memaparkan sesuatu grafik atau video yang beresolusi tinggi dengan tekstur yang komplek.

4. Sistem penyejukan. Kad grafik yang berkelajuan tinggi akan menjadi cepat panas dan mengeluarkan haba pada kadar yang tinggi. Jadi, ia memerlukan sistem penyejukan tambahan.

5. Kelajuan pemproses. Pemproses bagi kad grafik dikenali sebagai GPU atau Graphical Processing Unit. Ia juga perlu sepadan dengan jenis CPU yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ini penting untuk menangani segala beban kerja yang diperlukan untuk membina sesuatu grafik bagi paparan di skrin monitor sesebuah komputer.

6. Jenis paparan kad grafik. Jenis paparan atau fail grafik yang disokong oleh kad grafik tersebut sama ada DVI (Digital Visual Interface), VGA (Video Graphic Array), HD (High Defination) atau HDTV (High Defination Television). 



Dari segi jenama, terdapat pelbagai syarikat pengeluar yang menghasilkan kad grafik ini seperti ATI, NVIDIA, ASUS, MSI dan lain-lain. Namun begitu, terdapat dua pengeluar utama kad grafik berkualiti tinggi iaitu ATI Technologies Inc. dan NVIDIA. Kad grafik keluaran pihak NVIDIA mempunyai prestasi paparan berkualiti tinggi berbanding kad grafik keluaran pihak ATI. Namun begitu, kad grafik keluaran ATI mempunyai kelebihan kerana ia lebih stabil dari segi penjimatan tenaga yang digunakan dan pengeluaran haba pada kadar yang rendah. Pada masa kini, syarikat ATI telah dibeli oleh syarikat komputer AMD.
+

Laman Cari Jodoh Soukzouaj Menjadi Fenomena Di Maghribi

http://akubudakkola.blogspot.com



GOLONGAN wanita Maghribi dilihat lebih berani dan serius dalam mencari pasangan di internet berbanding lelaki.



DI negara yang kebanyakan perkahwinannya masih diatur, ribuan individu yang bujang serta kesepian mencari pasangan mereka dengan hanya satu klik di tetikus komputer di laman web Soukzouaj.

"Laman mencari jodoh itu direka pada Jun 2010. Walaupun masih baru, laman ini boleh dikatakan berjaya mungkin kerana ia percuma dan juga mudah," kata Pengasas Soukzouaj, Yasser Nejjar.

Setiap hari, kira-kira 2,600 calon pasangan akan melayari laman itu dan dua per tiga daripadanya ialah wanita.

Laman itu akan menunjukkan peta Maghribi yang dibahagikan kepada 16 bahagian, kemudian pelayar hanya perlu klik pada bahagian yang dipilih untuk mencari pasangan.

"Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian hari ini sebanyak 1,670 catatan masuk daripada wanita berbanding lelaki 870 sahaja.

"Saya berpendapat keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki. Kebanyakan catatan menunjukkan mereka benar-benar komited serta berminat untuk mengikat hubungan halal menerusi perkahwinan," kata Nejjar.

Penganalisis Maghribi menganggap laman perkahwinan itu merupakan satu fenomena baru yang mempunyai kaitan dengan teknologi komunikasi, walaupun di negara ini kebanyakan perkahwinan sudah diatur mengikut pilihan ibu bapa.

"Kini, golongan perempuan juga boleh memilih pasangan mereka. Mereka mahukan suami yang cintakan mereka, hormat, lelaki yang tidak mempunyai ibu yang berfikiran kolot yang tidak membenarkan mereka tinggal berasingan selepas berkahwin kelak," kata ahli sosiologi, Soumaya Naamane Guessous.

Katanya lagi, kejayaan laman Soukzouaj menunjukkan bahawa di negara yang kebanyakan anak-anak berkahwin atas pilihan ibu bapa sudah berubah. Golongan remaja perempuan tidak lagi menerima bulat-bulat pilihan ibu bapa mereka.





LAMAN Soukzouaj menjadi fenomena di Maghribi dalam kalangan orang muda.

Angka rasmi terbaru menunjukkan lebih 13 juta orang melayari laman sesawang di negara yang mempunyai populasi 32 juta penduduk itu.

Malah, penggunaan internet juga memainkan peranan dalam demonstrasi yang dilakukan baru-baru ini iaitu reformasi prodemokrasi di Maghribi. Ia mengikuti trend di dunia Arab yang bermula di Tunisia di mana protes yang berterusan menyebabkan kejatuhan Presiden Zine el Abidine Ben Ali, Januari lalu.

Protes pertama di beberapa bandar di Maghribi pada 20 Februari lalu merupakan suara yang mewakili golongan belia melalui laman sosial Facebook.

Berbalik kepada laman Soukzouaj, kebanyakan catatan wanita adalah yang menggunakan dialek Maghribi dan Perancis. Ini menunjukkan mereka mengharapkan permintaan mereka dihormati serta menepati ciri calon suami yang dianjurkan Islam.

"Wanita muda Maghribi, guru, mahukan calon Muslim yang baik hati, lelaki yang baik, menghormati wanita serta ikhlas dari segala sudut," menurut salah satu posting di laman tersebut.

Sementara itu, catatan kaum lelaki pula lebih kepada kedudukan sosial dan kesungguhan mereka.

"Saya Simo, 28 tahun berasal dari Rabat, bekerja sebagai jurutera komputer sektor kerajaan, baik dan serius, mencari pasangan dari bandar untuk hubungan yang serius, semoga dengan izin Tuhan, hubungan yang terjalin akan membawa kepada perkahwinan yang suci," kata seorang jejaka yang sedang mencari pasangan yang diimpikannya.

Menurut seorang pemerhati, kewujudan laman perkahwinan itu menunjukkan perubahan yang terjadi berikutan kemodenan yang dialami masyarakat Maghribi.

"Selain itu, kami juga melihat terdapat ramai lelaki dan wanita yang dalam kesunyian dan kecewa," kata Naamane Guessous. - AFP
+

Pencerobohan Terhadap Akaun Facebook Semakin Berleluasa

http://akubudakkola.blogspot.com



Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.

Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap.

Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar.

Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya.

Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.

Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook.





Ini kerana data-data atau maklumat ‘berterbangan’ di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan.

Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan.

Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.

Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip.

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan.

Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata.

Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia.

Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya.

Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya.

Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https).

Seterusnya, jangan lupa untuk menyimpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Fungsi Secure Browsing ini baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Facebook.

Jadi, pastikan dikemas kini terlebih dahulu akaun Facebook tersebut dengan kemas kini yang dianjurkan oleh pihak Facebook.





Sekiranya fungsi tersebut masih belum ada dalam akaun kita, sila maklum atau mohon kepada pihak Facebook atau nantikan sahaja kemas kininya oleh pihak Facebook.

Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https.

Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri.

Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang.

Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Kadangkala kita melihat remeh-temeh berkenaan dengan fungsi Security dan Privacy dalam akaun Facebook ini.

Namun begitu, sekiranya akaun Facebook mendapat masalah seperti digodam dan sebagainya, barulah kelam kabut untuk mencari jalan penyelesaian.

Jadi, sebelum perkara yang lebih parah berlaku, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan konfigurasi yang betul dan selamat pada akaun Facebook.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain.

Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.
+

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP Anda

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:



Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu. 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.
+